BENGKEL MATEMATIK PT3

Jom LULUS Matematik dengan Tim Abqary

APA ITU BENGKEL MATEMATIK PT3?

Bengkel Matematik PT3 khusus buat pelajar tingkatan 3 yang masih GAGAL subjek matematik. Bengkel ini diadakan sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan. Dalam sesi bengkel ini juga cikgu bantu para pelajar fahamkan konsep matematik secara topikal.

Bermula dari asas hingga ke aplikasi KBAT dalam matematik. Pelajar akan mengulangkaji matematik bersama cikgu dan kawan-kawan selama 8jam. Bengkel ini akan diadakan setiap bulan dan kami akan pastikan anda pulang dengan wajah yang ceria dan gembira selepas teroka dunia matematik bersama Abqary.

Pada yang tidak berkesempatan untuk turut serta dalam Bengkel Matematik PT3 ni jangan risau. Kita akan berjumpa lagi lepas raya nanti. InshaAllah, pada yang dah turut serta kami ucapkan TAHNIAH kerana memilih untuk luangkan masa dengan Tim Abqary dalam Bengkel Matematik PT3.

Bengkel Matematik PT3 akan diadakan sekitar Bandar Baru Nilai, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Kini anda tidak perlu takut lagi dengan matematik, tingkatkan prestasi matematik anda dengan Abqary. Peserta bengkel akan diberi handbook dan free gift semasa pendaftaran di hari bengkel.

Untuk mendaftar ke Bengkel Matematik PT3, PICIT butang DAFTAR BENGKEL di bawah ini. Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan bengkel boleh terus hubungi kami.

Bengkel Matematik Revision SPM 290417 | Akademi Abqary
Topik Tingkatan 1

  1. Nombor Bulat
  2. Urutan dan Pola Nombor
  3. Pecahan
  4. Perpuluhan
  5. Peratusan
  6. Integer
  7. Ungkapan Algebra
  8. Ukuran Asas
  9. Garis dan Sudut
  10. Poligon
  11. Perimeter dan Luas
  12. Pepejal Geometri
Topik Tingkatan 2

  1. Nombor Berarah
  2. Kuada Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan…
  3. Ungkapan Algebra II
  4. Persamaan Linear
  5. Nisbah, Kadar dan Kadaran
  6. Teorem Pythagoras
  7. Pembinaan Geometri
  8. Koordinat
  9. Lokus dalam Dua Dimensi
  10. Bulatan
  11. Penjelmaan
  12. Pepejal Geometri II
  13. Statistik
Topik Tingkatan 3

  1. Garis dan Sudut II
  2. Poligon II
  3. Bulatan II
  4. Statistik II
  5. Indeks
  6. Ungkapan Algebra III
  7. Rumus Algebra
  8. Pepejal Geometri III
  9. Lukisan Berskala
  10. Penjelmaan II
  11. Persamaan Linear II
  12. Ketaksamaan Linear
  13. Graf Fungsi
  14. Nisbah, Kadar dan Kadaran II
  15. Trigonometri