Bengkel Matematik Revision SPM Am | Akademi Abqary

APA ITU BENGKEL MATEMATIK SPM?

Bengkel Matematik SPM adalah bengkel khusus matematik anjuran Akademi Abqary. Berkonsepkan “revision study” bagi membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5. Terutama bagi yang akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan SPM tahun ini. Fokus utama adalah untuk meningkatkan prestasi matematik pelajar.

SIAPA YANG PATUT HADIR KE BENGKEL?

Jika anda merupakan pelajar tingkatan 4 atau tingkatan 5, atau yang bakal menduduki peperiksaan matematik SPM, dan masih belum dapat kuasai matematik dengan baik, anda digalakkan untuk turut serta Bengkel Matematik SPM.

DIMANA LOKASI BENGKEL?

Bengkel Matematik SPM ini akan diadakan di Bandar Baru Nilai, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. Sekiranya anda berada dikawasan yang tertera, nantikan kehadiran Tim Abqary di tempat anda.

BILA BENGKEL AKAN DIADAKAN LAGI?

Peringkat 1 baru sahaja melabuhkan tirai pada 29 April yang lepas. Bengkel Matematik SPM akan kembali selepas raya. Dah sedia adik-adik?

BERAPA LAMA SESI BENGKEL NI?

Sesi bengkel ini selama 8jam dari 9am sehingga 5pm. Makan dan minum ada disediakan.

KALAU SAYA NAK DAFTAR MACAMANA CIKGU?

Untuk mendaftar boleh terus melalui online dengan PICIT butang DAFTAR BENGKEL di bawah ini. Sesudah buat pembayaran Tim Abqary akan uruskan pendaftaran segera. Handbook dan free gift cikgu dah sediakan untuk para peserta yang mendaftar. Kita jumpa nanti ya.

Topik Tingkatan 1-3

  1. Poligon I, II
  2. Penjelmaan I, II
  3. Trigonometri I
  4. Ungkapan Algebra I, II, III
  5. Rumus Algebra
  6. Persamaan Linear I, II, III
  7. Indeks
  8. Ketaksamaan Linear
  9. Pepejal dan Isipadu
  10. Bulatan I, II
  11. Statistik I, II
Topik Tingkatan 4

  1. Bentuk Piawai
  2. Ungkapan dan Persamaan Kuadratik
  3. Set
  4. Penaakulan Matematik
  5. Garis Lurus
  6. Statistik III
  7. Kebarangkalian I
  8. Bulatan III
  9. Trigonometri II
  10. Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk
  11. Garis dan Satah dalam Tiga Matra
Topik Tingkatan 5

  1. Asas Nombor
  2. Graf Fungsi II
  3. Penjelmaan III
  4. Matriks
  5. Ubahan
  6. Kecerunan dan Luas di bawah Graf
  7. Kebarangkalian II
  8. Bearing
  9. Bumi sebagai Sfera
  10. Pelan dan Dongakan