Skip to main content

5 Cara Tingkatkan Daya Ingatan Anda!

1. BELAJAR SESUATU YANG BARU

Aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit atau menghadiri ceramah dan motivasi. Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya: catur dan sahibbah.

2. MEMBACA AL-QURAN
Membaca Al-Quran walau sehelai muka surar setiap hari dapat menenangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

3. BERMAIN DENGAN ANGKA

Asahkan minda anda dengan bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

4. MENGAWAL TEKANAN

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti membaca Al-Quran dan bersenam. Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan bersenam walaupun sekadar berjalan kaki.

5. AMALKAN TIDUR YANG CUKUP

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat atau data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Dapatkan Info Siri Jelajah Matematik Abqary

Langgani Abqary dan tonton VIDEO belajar matematik untuk anak anda secara PERCUMA

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

Sila masukkan NAMA dan EMEL anda untuk kami hantarkan info dan ebook percuma

AkademiAbqary

Author AkademiAbqary

More posts by AkademiAbqary

Leave a Reply