Skip to main content

Pernah adik-adik rasa takut atau gemuruh bila berhadapan dengan orang ramai?
Terutamanya bila adik-adik diminta berucap kat depan pentas. Terus naik darah gemuruh dan kadang-kadang otak blank tatau nak cakap apa, kan?

Orang sebut ni kurang konfiden gittewww, kurang keyakinan diri. Cikgu yakin kalau adik-adik ada keyakinan yang tinggi dalam diri, mesti adik jadi lebih hebat.

Nak tahu? Orang yang berkeyakinan tinggi ni ciri-cirinya sentiasa positif dan sanggup buat apa sahaja sebab dia nampak matlamat boleh dicapai. Bagi mereka yang kurang keyakinan diri pula cenderung mempunyai pemikiran yang negatif tentang diri mereka sendiri dan tidak percaya matlamat mereka boleh dicapai malah yang jadi lebih teruk bila mereka cepat berputus asa dalam hidup.

Adik-adik tak macamtu kan…
Meh cikgu share kan cara bagaimana untuk adik-adik tingkatkan keyakinan dalam diri sendiri.

1. Tukar Miindset Negative Menjadi Positif

Negatif: “aahhh susah la soalan Matematik ni. Aku malas nak buat”
Positif: “Soalan Matematik ni susah tapi takpa aku usahakan buat. Mana tau kan lepas ni aku lebih faham”

2. Hargai Bakat Yang Ada Dalam Diri Sendiri

Kadang-kadang bakat yang ada dibuat tak endah je kan. Suka melukis, suka memasak, suka bercakap, suka mewarna, suka menjahit, suka menghias, suka menulis tapi semua tu anggap biasa-biasa aje kan. Adik, sebenarnya bakat sebegini lah yang unik. Apa kata mulai harini adik ekspres kan keseronokan dalam penulisan, tarian, music atau mungkin dalam kesenian.

Yang lebih menarik lagi, adik dapat berkenalan dengan sahabat baru yang sealiran dengan hobi adik. Happy kan. Soooo, ingat pesan cikgu ni “Drive Your Passion”

3. Rajin-Rajin Tengok Dan Bercakap Depan Cermin

Siapa lagi yang nak puji diri kita kalau bukan diri sendiri. Alaaaa orang bukan tahu pun kan. Amalkan setiap pagi sebelum keluar rumah biasa kan tengok cermin, senyum dan bercakap dengan diri sendiri “Aku hebat. Aku terbaik”. Percaya atau tidak, mood adik akan happy sepanjang hari silap hari bulan orang sebelah pun jadi happy bila tengok adik happy.

Semoga tips ni membantu adik-adik tampil lebih yakin dan hebat keh 😉

Dapatkan Info Siri Jelajah Matematik Abqary

Langgani Abqary dan tonton VIDEO belajar matematik untuk anak anda secara PERCUMA

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

Sila masukkan NAMA dan EMEL anda untuk kami hantarkan info dan ebook percuma

AkademiAbqary

Author AkademiAbqary

More posts by AkademiAbqary

Leave a Reply