Pandangan pelajar mungkin selalu fikir, kejayaan akan terhasil bila kita tidur lewat mengerjakan sesuatu. Hakikatnya, perkara yang sebaliknya berlaku. Percaya atau tak, pelajar yang selalu stay up belajar sampai pukul 1 atau 2 pagi sangat jarang jadi best student. Mengapa pulak?
Ikut kajian mereka yang merupakan best student akan sentiasa tidur awal dan bangun awal. Iaitu tidur pada jam yang mungkin paling lewat iaitu 11 malam dan bangun seawal 4 pagi. Malah, waktu ini turut menjadi masa yang terbaik untuk beribadah seperti tahajud, berzikir, berdoa dan membaca Al-Quran.
Maka, waktu terbaik untuk belajar adalah :
Pukul 4 Pagi Hingga 6.30 Pagi
Kata Ippho Santosa, penulis buku Mega Best-Seller di Indonesia, “golden time adalah 30 minit sebelum subuh dan 30 minit selepas subuh.” Mahu minda dapat menyerap ilmu secara optimum, belajar pada waktu ini. Perasankan masa yang dinyatakan ini keadaannya sangat tenang dan sunyi?
Sebab itu, adik-adik boleh fokus sepenuhnya. Apa-apa ilmu yang diulangkaji mudah ingat kerana otak berfungsi 100% berbanding waktu malam di mana otak berfungsi hanya 20% saja.