Cara Belajar Yang Berimpak Tinggi Dalam Masa 24 Jam
Tahukah adik-adik kajian menunjukkan hanya 10% ilmu saja yang masuk ke dalam minda ketika adik-adik sedang belajar?
10% je???
Ya, hanya 10%. Ada orang mampu duduk dan belajar lama. Ada orang tidak, paling lama 1 jam saja belajar. Jadi, bagaimana adik-adik dapat belajar dengan efektif dan minda adik-adik dapat serap serta cerna pengetahuan yang diulangkaji tu?
Ini dia caranya :
#1 – Atur Masa Yang Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Dalam sehari, ambil maksimum masa 4 jam saja untuk belajar. Kuncinya bukan terletak berapa banyak jam adik-adik belajar namun lebih kepada berapa lama adik-adik konsisten belajar setiap hari.
Apa yang KakFa galakkan ialah korang perlu buat jadual waktu harian ikut kemampuan diri untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Ada orang hanya boleh fokus belajar 1 jam, ada yang 2 jam. Terpulang kepada diri masing-masing.
At least, buat ulangkaji untuk re-fresh perkara yang sudah dipelajari di sekolah. Mahu lebih berkesan, jawab soalan-soalan berkaitan dengan ilmu yang dah belajar sebelum itu.
#2 – Tolak Tepi Gajet Yang Ada Ketika Belajar
Smartphone dan laptop yang ada talian internet merupakan satu gangguan utama kepada para pelajar. Mana tak nya. Layan 1, 1 perkara lagi masuk. Ada-ada saja benda yang adik-adik nak tengok di media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan Youtube.
Bila adik-adik tutup handphone atau laptop, belajar pasti lebih efektif. Kerana tiada gangguan. Gunakan masa yang ada untuk belajar dengan sepenuh hati dan setelah selesai korang boleh sambung bersosial. Alah, 2 3 jam takkan tak boleh hidup sebentar tanpa gajet?
Mudah je kan nak buat? 😉