Skip to main content

3 Langkah Yang Perlu Dibuat Bila Belajar Last Minit

Ha, mesti adik-adik selalu buat macam ni? Adik-adik tahu dah belajar pada saat akhir menjelang peperiksaan bukanlah sesuatu yang bagus. Namun tetap juga kebanyakan korang buat juga kan? Dah tu nak buat lagu mana. Terpaksa juga belajar.

Okay, ni 7 tips untuk adik-adik ketika dah terdesak perlu belajar pada last minit ;). Ehem, elak pula buat selalu.

#1 – Banyakkan Bertenang
Ada di antara adik-adik yang KakFa faham korang jadi kusut fikir exam bakal tiba. Kerana masa yang korang ada sangat terhad, betul? Sebaiknya tenangkan diri dan elakkan cemas. Sebab apa?

Takde faedah yang dapat sekiranya adik-adik risau keterlaluan. Bayangkan saat korang dah cemas, korang tak boleh dah nak fikir dengan betul. Malah, jawab soalan banyak yang salah. Belajar disaat akhir juga perlukan strategi yang betul.

#2 – Fokus Kepada Perancangan Belajar
Apa kata tarik nafas dulu. Kemudian senyum dan rancang tindakan apa nak buat. Bak kata satu pepatah ni, “you fail to plan, you plan to fail.”

Letakkan seluruh tumpuan fikiran adik-adik kepada proses pembelajaran. Elakkan terlalu fikir bahawa adik-adik kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal dan andai tak sempat ulangkaji, latih diri menjawab soalan-soalan lepas.

#3 – Dapatkan Masa Rehat Yang Cukup
Kebanyakan pelajar selalu buat macam ni. Tidur lewat semata-mata untuk study. Bukan begitu caranya. Disarankan lebih baik tidur awal pukul 10 malam dan bangun awal pagi seperti 4.30 hingga 5.00 pagi.

Semasa belajar adik-adik akan rasa cepat letih dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak berehat sepenuhnya. Ketika letih belajar, bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar. Dah lega, barulah sambung semula.

Jelas dah apa perkara yang nak dibuat? Kak Farah harap adik-adik dapat manfaatnya. Kita jumpa lagi di artikel masa akan datang

Dapatkan Info Siri Jelajah Matematik Abqary

Langgani Abqary dan tonton VIDEO belajar matematik untuk anak anda secara PERCUMA

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

Sila masukkan NAMA dan EMEL anda untuk kami hantarkan info dan ebook percuma

AkademiAbqary

Author AkademiAbqary

More posts by AkademiAbqary

Leave a Reply