5 Tips Belajar Daripada Pakar Motivasi Yang Pelajar Kena Amal
#1 – Gunakan Kedua-Dua Belah Otak
Otak kanan dan kiri perlu dirangsang supaya apa yang adik-adik pelajari dapat dihadam dengan baik. Kebiasaannya anggota belah kanan akan gerakkan otak kiri dan anggota belah kiri akan gerakkan otak kanan. Ianya bersilang. Antara cara gunakan kedua-dua belah otak ialah lakukan aktiviti gerakkan kaki dan tangan secara serentak. Mudah saja kan?
#2 – Manfaatkan Kemahiran Mengingat
+ Tampal nota-nota penting di dinding.
+ Gunakan kaedah akronim untuk hafal formula.
+ Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
+ Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat.
#3 – Cekap Atur Jadual Belajar
+ Mempunyai jadual belajar
+ Patuh kepada jadual
+ Andai ada kekangan belajar, susun semula supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran
#4 – Beri Ganjaran Terhadap Diri
Lepas bersusah payah dalam belajar, tiada salahnya nak hadiahi diri dengan benda-benda yang disukai. Cara ini buatkan diri lebih seronok dan belajar lagi untuk buat yang terbaik. Sebagai contoh, baca novel, minum Cool Blog, tonton movie dan sebagainya.
#5 – Jadikan Guru Sebagai Panduan
Guru-guru adalah sumber ilmu yang terbaik. Untuk sentiasa awal dan mendahului, baca dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar walau tak faham. Nanti dalam kelas boleh tanya. Buat persediaan awal akan berikan tanggapan yang positif kepada guru.